Khamis, 31 Mac 2011

teruk sangat

today, my life is not fun as usual. aku masih fikir ape yang berlaku kat aku semalam. hari ni masih bengang degan bucuk. bangun pagi pun dah xde semangat nak kol bucuk. before mandi pagi tadi, aku hantar mesej kat bucuk minta die cari sape perempuan yang gedik tu. tapi sampaila jam 1 lebih tadi die masih x kol aku inform ape2. bengang dan bertambah bengang sangat. aku pun kol la bucuk. die macam hepi je. aku tanyela pasal pompuan gedik tu tapi die cakap die dah tanye tapi die still xtau sape sebab xde sape yang mengaku. then cepat2 die nakhang up. aku pun hantar lagi mesej kat bucuk supaya die jgn tipu aku. jgn nk rahsia pape dr aku. aku dah giler dah x boleh nk fikir secara rasional. aku sedar tapi aku x boleh kawal diri aku dah. aku marah sangat.

balik rumah, terus buat kerja untuk sekolah. banyak sangat kerja. xtau nak buat yg mana. lepas solat asar, aku mesej lagi bucuk. aku cakap yang aku still not received any calls from that bitch to say sorry. i curious bucuk ni kisah ke x org buat aku mcm tu. xknla x jumpe sape pompuan tu. geram sangat2. pastu bucuk kol aku marah2 sebab aku cakap mcm tu. die tanye ape yg aku x puas hati. aku memang x dpt jawab sebab aku sebenarnye x marah die. aku marah pompuan gedik tu tapi aku x dpt marah pompuan tu. aku tuduh bucuk macam2. aku menyesal sangat dengan semua tuduhan aku, dengan semua mesej yang aku hantar termasuk mesej bodoh aku semalam. aku rasa teruk sangat. bucuk bagitau yang aku dah susahkan die. aku melemahkan die. aku melemaskan die. aku sedih sangat bile die cakap macam tu. teruk sangat ke aku sampai die cakap macam tu. selama ni aku x pernah halang die nk keluar dengan kawan2, die nak pegi mana. tp aku a bit carefull after die tipu aku sebab nak jaga hati aku.

tolongla jangan tipu aku. jangan berahsia apa2 dr aku. die x perlu nak jaga hati aku dengan menipu aku sebab aku akan dapat tau jugak perkara sebenar dan bile mcm tu aku lebih sakit. kepada perempuan gedik....aku xkan maafkan ko sampai bile2 sebab engko aku jd mcm ni, sbb engko, bucuk marah aku, aku marah bucuk, engko sbbkan hubungan aku dengan family bucuk goyah. semua yang terjadi kat aku semua sebab engko. engko xkan selamat dunia akhirat. aku memang benci engko sampai bile2. engko xkan bahagia sampai bile2 sebab ade niat x baik sebab engko dengan sengaja nak merosakkan hubungan baik aku dengan tunang aku.

kepada bucuk,
i am really sorry. but, u have to understand. jangan kol terus marah2. x boleh ke cakap elok2.u sepatutnya marah kat pompuan gedik tu bukannye marah i sebab i jd mcm ni sbb pompuan gedik tu. moreover, emosi tengah x stabil n tengah tertekan sangat2 ni. hari ni dapat tau pulak yang wan x sihat. azi risau sape yg akan uruskan perkahwinan i. tolongla...jangan tangguh2 lagi wedding ni. tolongla settlekan cepat bahagian bucuk. tinggal 2 bulan je lagi. tolongla...

Rabu, 30 Mac 2011

Bengang

Rabu 30 Mac 2011

Hari ni memang langsung tak boleh nak kawal emosi. tak tau kenapa. pantang silap sikit mesti rasa nak melenting. aku dah bagitau tunang aku awal2 pasal emosi aku ni. aku namakan tunang aku ni sebagai bucuk. aku harap dia faham. Alhamdulillah dia faham dan aku meneruskan hari aku yang agak membosankan ni macam biasa.

Balik dari sekolah, aku rasa penat yang teramat sangat. kepala sakit, badan rasa lesu...aku pun kol tunang aku dalam jam 5.29pm. Tapi perempuan yang pick up the fon. aku ok je. then aku cakap "bucuk ada?" perempuan tu tanye aku yang aku ni siapa. aku pun jawabla yang aku ni tunang bucuk. perempuan tu boleh cakap yang bucuk takde bagitau pun yang die ade tunang. aku pun cakapla "yeke? die main-main je tu" pastu perempuan tu cakap yang bucuk pergi toilet. aku pun cakap takpe then terus hang up. aku tak marah pun cuma a bit piss off sebab

  1. die tak hormat privacy orang lain dengan angkat fon orang lain sesuka hati.
  2. die cakap perkara yang boleh menimbulkan isu dalam hubungan aku.
  3. die gelak2 masa die cakap dengan aku. macam langsung tak hormat aku.
  4. langsung x appologize kat aku kalu die saja main2.
  5. aku ingatkan bucuk yang minta perempuan tu test aku. aku piss off sebab aim make fun of me in front of his fren.
  6. bucuk langsung x kol aku lepas kejadian tu. even x minta maaf pun.

then, dalam jam 6.02pm aku mesej aim. aku fikir kalu die betul2 nak main2 then kite main sama2. tanpa berfikir panjang dan rasional, aku mesej bucuk cakap yang aku accident. kaki aku patah n perlu disimen. aku tunggu untuk beberapa minit kol dari die lepas aku mesej tapi xde kol jugak. aku pun malas nak layan terus pegi ambil wuduk dan solat asar. tengah solat fon aku berbunyi. aku tau itu bucuk yang kol sebab ring tone untuk bucuk lain. tapi aku xnak batalkan solat aku dan aku teruskan solat sampai habis. dah habis solat kaklong kol. aku tau dah ni mesti bucuk dah kol kaklong. aku bagitau la kaklong yang aku ok je cma bengang dengan aim. tapi aku x cerita pun sebab ape sebab aku masih nak jaga nama baik bucuk. kaklong marah jugakla kat aku.

lepas tu aku terus kol bucuk cakap yang aku ok. die mula2 macam ok je. aku bagitaula kenapa aku buat macam tu. die mula2 macam gelak lepas tu lama2 die marah dan berleter kat aku. aku mengaku memang salah aku sebab aku main2 benda yang macam tu tapi at the same time aku pun x boleh terima cara die main2kan aku. kawan2 aku pun x pernah berani nak angkat fon aku. tapi budak perempuan tu selambe je. this is not about jealosy but this is about privacy. tapi bucuk bengang dengan aku dan die bagitau die dah tak boleh nak hormat aku lagi. aku cakapla up to u. aku pun malas nak layan sangat.

selama ni pun die bukan ambil berat sangat pasal aku. semua pasal aku die ambil mudah. die macam tak percaya yang ade budak office die angkat fon aku. die ingat aku buat2 cerita. sorila....xde masa aku nak buat macam tu. lagipun aku dah warning die awal2 pasal emosi aku tapi die yang mcm tak respect aku. lantakla, aku penat nak fikir. aku ni macam2 nak fikir. nak fikir nak mengadap wali aku lagi, nak fikir pasal kurikulum baru lagi, nak fikir pasal pengurusan prasekolah lagi, nak fikir pasal persiapan kawin lagi, nak fikir pasal duit lagi. semua aku kena uruskan sendiri. nak harapkan bucuk tak taula macam mane. die tau aku tertekan tapi buat2 tak faham dan langsung tak cuba nak membantu meringankan beban aku. hahhhhhh.....tension betul.

Selasa, 8 Mac 2011

wHaT DaY iS ToDaY?

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, aku mulakan hari seperti biasa. Seperti biasa akum mulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bertanya kepada murid-murid "How are you today?". Murid-murid dapat menjawab soalan yang aku ajukan dengan baik. Kemudian aku bertanya "What day is today?" masih ramai murid-murid aku yang tidak dapat menjawab soalan ini sebab mereka tidak tahu hari selasa dalam Bahasa Inggeris itu apa. Oleh yang demikian, aku terpaksa mengulang balik pembelajaran dengan guru sebelum ini.

Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, aku bertanya kepada murid-murid secara rawak mengenai apa yang telah aku ajar. Aku pun tanya Nazhan. "Nazhan, Monday tu hari apa?" tapi dia langsung tak boleh jawab. mata je terkelip-kelip....aku pun ckapla yang mulai hari ini, nama dia bukan lagi Nazhan. Mulai hari ini sehinggalah hari Jumaat nanti, nama die ialah Monday Isnin. Aku tanya pula Nasrul. "Saturday tu hari apa?" Nasrul jawab salah. Jadi aku pun namakan dia dengan nama Saturday Sabtu. Aizat pula aku namakan die sebagai Thursday Khamis. Alya aku namakan sebagai Sunday Ahad dan Syakir aku namakan dia sebagai Wednesday Rabu.

Apa yang menjadi kelakarnya, Syakir terus menarik-narik kain aku sambil menangis tanda tidak setuju. Tapi aku bertegas meminta semua murid di dalam kelas untuk memanggil Syakir dengan nama Wednesday Rabu. Syakir jadi tidak keruan. Keletahnya sangat kelakar dan mencuit hati. Tapi lama kelamaan dia boleh menerima nama tersebut. Aku harap dengan cara ini, dapat membantu mereka mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Hari ini juga aku dikejutkan dengan satu berita di mana, rumah nenek tunang aku terbakar. Nasib baik nenek tidak berada di rumah. Kesian sangat sebab nenek tinggal sehelai sepinggang.

Hari ni lepas sekolah ada jamuan perpisahan dengan guru besar, GPK1, GPK HEM dan Ustazah Salmiah. Apa lagi memang bertambah seronokla sebab boleh makan free. Sekarang ni rasa tak best sangat dengan pentadbiran baru. Mungkin baru lagi. Walaubagaimanapun aku suka sangat dengan GPK1 baru ni. Kerja sangat sistematik dan kemas orangnya. Dia punya aura macam dia guru besar. Tapi masih belum berkesempatan untuk bersembang dengan dia.

oklah....agak bosan cerita pasal kerja. Tapi nak buat macam mana, aku masih belum bersedia untuk berkongsi cerita peribadi dengan semua walaupun dalam hati ni membuak-buak ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.

Oklah....jumpa lagi hari esok.....thank you aim

Isnin, 7 Mac 2011

sEgaLaNya bErMuLa Di PrasEkOLaH.....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana nikmat yang diberikan amat bermakna untuk hidup yang sementara ini.

Sepanjang 2 tahun 9 bulan saya menjadi seorang guru, saya sudah berjaya mendapat kepuasan dalam mengajar anak-anak didik. Walaupun kepuasan yang diperoleh tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar arus perdana.

Saya merupakan seorang guru Pendidikan Khas. Tetapi, sejak 7 Februari 2011 saya telah ditugaskan untuk mengajar prasekolah bagi menggantikan guru prasekolah yang cuti bersalin. Pada mulanya agak berat hati ini untuk meninggalkan kelas pendidikan khas dan mengajar prasekolah. Ini kerana, terdapat seorang murid Pendidikan Khas yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, tugas yang diarahkan oleh guru besar ini sangat besar kerana saya aperlu berkorban dengan meninggalkan anak didik sendiri dan mengajar prasekolah.

Minggu pertama saya di prasekolah, saya seperti hilang arah. setiap hari saya berfikir bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak prasekolah. Alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri saya dengan mereka dalam masa satu hari sahaja. Banyak yang saya perlu belajar mengenai prasekolah. Salah satunya ialah mengenai kurikulum prasekolah iaitu lebih dikenali sebagai Kurikulum Stabdard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). 

Dalam kelas prasekolah, terdapat seramai 25 orang murid yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Dalam kelas ini, hanya terdapat seorang murid perempuan yang lancar membaca iaitu Mardhiah Amalia yang merupakan anak kepada guru prasekolah. Apa yang saya mula-mula buat ialah menetapkan target bilangan murid yang akan boleh membaca menjelang bulan Mei. Setelah beberapa minggu di prasekolah, saya telah berjaya mencapai sebahagian target saya. Terdapat penambahan dalam bilangan murid yang sudah boleh membaca. Jika sebelum ini hanye seorang murid yang lancar membaca, tetapi sekarang terdapat penambahan sebanyak lima orang murid yang boleh membaca. Walaubagaimanapun, lima daripada enam orang murid ini hanya boleh membaca perkataan bagi sukukata kvkv manakala, seorang murid lagi sudah boleh membaca untuk perkataan yang mempunyai sukukata kvkkv walaupun masih kurang lancar. Penambahan bilangan ini sangat membanggakan dan sangat memberi kepuasan kepada saya. Ini kerana, agak sukar untuk saya mencapai kejayaan seperti ini semasa saya mengajar Pendidikan Khas.

Selain daripada membaca, terdapat juga tiga orang murid yang masih memerlukan bimbingan bagi membatangkan sukukata kvkv. Sekarang ketiga-tiga murid ini sudah boleh membatangkan sukukata tersebut. Manakala, lima belas orang murid lagi masih belum mengenal huruf a hingga z sepenuhnya. Setelah beberapa minggu, Alhamdulillah, terdapat 2 orang daripada lima belas murid tersebut sudah boleh mengecam huruf a hingga z. Bagaimana saya melakukannya?

Saya menggunakan kaedah Video, Audio, Kinestatik dan Tactile (VAKT) di mana, saya menggunakan flashcard yang tertera huruf a hingga z. Selain menunjukkan huruf tersebut, saya menyebut setiap huruf yang saya tunjukkan. Saya juga meminta murid untuk menulis bentuk huruf yang disebutkan di udara. Selain menggunakan flashcard biasa, saya juga menggunakan flashcard di mana murid dapat merasa bentuk huruf tersebut. Flashcard yang saya maksudkan ini boleh dibuat mengikut cara tersendiri. Saya menggunakan biji saga untuk membentuk huruf menjadi flashcard. Penggunaa warna yang terang dapat membantu kanak-kanak prasekolah untuk belajar kerana, ianya boleh membantu merangsang deria serta menarik perhatian kanak-kanak tersebut.

Saya juga turut menggunakan kaedah masteri di mana, saya menyediakan worksheet sendiri dengan menulis huruf a hingga z pada  kertas. Saya akan memanggil seorang demi seorang daripada lima belas orang murid ini untuk menyiapkan worksheet yang saya berikan. huruf yang saya lukis pada worksheet itu tidak tersusun. Ini bermakna saya lukis huruf tersebut secara rawak. Saya akan menyebut huruf secara rawak untuk dicari oleh murid dan diwarnakan. Jika murid itu mewarnakan huruf yang salah, saya akan memberitahu murid tersebut akan kesalahan yang dilakukan dan menunjukkan huruf yang sebenarnya. Saya akan mengulang tugasan yang sama pada keesokan harinya pada murid yang sama bagi menguji  tahap pengecaman mereka.

Walaupun dengan menggunakan kaedah ini, saya mendapat keputusan yang kurang memberansangkan dalam seminggu, saya akan cuba mencari kaedah yang lain yang mungkin bersesuaian dengan  tiga belas orang murid lagi. Saya berharap, menjelang bulan Mei, target saya akan tercapai. Bagi dua orang murid yang sudah boleh mengecam semua huruf, saya akan mula mengajar mereka mengeja sukukata kvkv sehingga boleh membatangkan sukukata tersebut.

Anda rasa, apa kaedah lain yang saya boleh gunakan bagi membolehkan tiga belas orang lagi boleh mengecam semua huruf? cadangan dan pandangan anda amat saya perlukan. Dengan pengalaman yang tidak seberapa ini saya mengharapkan ada antara anda boleh berkongsi pengalaman anda dalam mengajar dan mendidik anak-anak anda di rumah.

Khamis, 3 Mac 2011

How do I add Reactions to my blog?

How do I add Reactions to my blog?
hEllO.....wHaT a bEaTiFul DaY....

Alhamdulillah...hari ni masih diberi peluang oleh Allah untuk saya meneruskan kehidupan. Betapa besarnya kasih sayang Allah. Hari ini saya memulakan hari seperti biasa. Setelah siap solat subuh saya bersiap-siap untuk ke sekolah.

Sampai di sekolah, terus pergi ke kelas pendidikan khas. Macam biasa kena handle program Bahasa Inggeris untuk murid-murid pendidikan khas. Alhamdulillah, as far as i concern, Alia can read the passages with a good pronounciation. Alia also can give meaning of the words correctly. I am really proud of her. She is very hardworking girl. Inilah kepuasan sebagai seorang guru.

Tepat jam 7.45 pagi, saya bergerak ke kelas prasekolah. Masa saya masuk murid-murid prasekolah masih belum makan pagi lagi sebab PPM tengah kira duit murid-murid yang nak beli buku. Dah siap makan pagi, semua murid membuat rutin seperti biasa. Setelah selesai, saya membawa semua murid prasekolah keluar untuk aktiviti gosok gigi. Semua murid berasa seronok menjalankan aktiviti. Hari ini, bilangan murid prasekolah yang sudah boleh membaca semakin bertambah. Memang seronok sangat kat sekolah hari ni....

Hari ni sudah membuktikan bahawa, dengan secebis kasih sayang yang seorang guru curahkan kepada murid akan mendatangkan hasil dan kasih sayang yang sangat mencurah. Oleh yang demikian, janag lokek dengan kasih sayang dan cinta. Cukupla dengan secebis senyuman akan menimbulkan kasih sayang yang berpanjangan. dengan secebis senyuman akan menimbulkan perasaan sayang dan cinta.

Saya bersyukur sangat hari ni sebab Afif dah semakin sihat. Doktor cakap Afif bukan menghidap kanser hati tetapi hati dia hanya terkena jangkitan kuman. Lega rasanya bila dengar berita ni. Makcik saya cakap hari ni Afif nampak cergas sikit dari semalam. Afif dah tak demam. Walaubagaimanapun doktor minta makcik berjaga-jaga takut suhu badan Afif naik lagi.

Hari ni saya balik awal dari biasa. Hari ni lebih bersemangat nak buat worksheet untuk anak-anak murid. Rasa tak sabar nak guna worksheet tu esok...Walaupun penat melukis tapi rasa seronok sebab worksheet tu akan digunakan oleh anak-anak murid sendiri.

Hari ni juga saya mendapat berita gembira daripada bakal ibu mertua. Katanya, majlis kawin saya kat sebelah suami akan dilangsungkan pada 11 Jun ni. Happy sangat. Cuma sekarang ni kena bincang dengan tunang saya mengenai tarikh yang ditetapkan oleh mak dia. Hopefully dia akan ok dengan tarikh tu sebab family sya pun dah ok dengan tarikh tu.

Hari yang indah mesti digunakan dengan sepenuhnya. Esok merupakan hari terakhir persekolahan bagi minggu ni. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ni.

Rabu, 2 Mac 2011

MoThEr's LoVe

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Betapa besarnya kasih seorang ibu kepada anak-anak. Tidak dapat digambarkan pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak sehingga seorang anak itu membesar dengan sempurna dan menjadi orang yang berguna.

Tersentuh hati ini bila melihat ibu saudara sendiri mengalirkan air mata melihat anak yang sedang sakit. Tidak tertanggung beban yang dihadapinya. Saya yang melihat ini pun sudah terasa kesengsaraannya inikan pula orang yang menanggungnya.

Sepupu saya, Muhammad Afif Adli yang berumur genap 5 tahun pada 28 Februari lalu telah dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat lalu iaitu pada 25 Februari 2011 kerana demam. Selain itu, hati dan limpa Afif juga bengkak dan doktor memberitahu bahawa, Afif telah dijangkiti kuman. Hari ini, doktor telah mengambil 4 tabung kecil darah Afif untuk diperiksa. Didapati, darah puti Afif lebih disebabkan oleh jangkitan kuman dan masalah hati yang dialaminya. Afif pula mengadu sakit perut. Ini juga merupakan kesan daripada hatinya yang bengkak. Keadaan ini sangat merungsingkan semua ahli keluarga terutama makcik dan pakcik saya. Tidak sanggup melihat keadaan Afif yang menanggung kesakitan ini. Tidak sanggup juga melihat keadaan makcik saya yang sentiasa digenangi air mata melihat keadaan anak yang sedang sakit. Saya memahami apa yang dirasai oleh makcik saya. Ibaratnya, mahu menolong mengurangkan kesakitan anak tersebut tapi tidak tahu bagaimana caranya.

Sudah lima hari makcik saya berada di hospital bagi menjaga dan menemani anaknya yang sedang sakit. Betapa besarnya kasih sayang ibu terhadap anak. Tidak ada tolok bandingnya kasih sayang seorang ibu dengan siapa-siapa di dunia ini. Melihat keadaan ini saya merasakan bahawa saya sanggup menggantikan tempat Afif supaya Afif sihat dan boleh bermain seperti biasa.

Saya mohon pertolongan kepada semua supaya mendoakan yang terbaik untuk sepupu saya Muhammad Afif Adli. Semoga Afif cepat sembuh, dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan dikurangkan segala kesakitan dan kesengsaraan yang dialami olehnya.