Kasihnya ibu membawa ke syurga. Betapa besarnya kasih seorang ibu kepada anak-anak. Tidak dapat digambarkan pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak sehingga seorang anak itu membesar dengan sempurna dan menjadi orang yang berguna.
Tersentuh hati ini bila melihat ibu saudara sendiri mengalirkan air mata melihat anak yang sedang sakit. Tidak tertanggung beban yang dihadapinya. Saya yang melihat ini pun sudah terasa kesengsaraannya inikan pula orang yang menanggungnya.
Sepupu saya, Muhammad Afif Adli yang berumur genap 5 tahun pada 28 Februari lalu telah dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat lalu iaitu pada 25 Februari 2011 kerana demam. Selain itu, hati dan limpa Afif juga bengkak dan doktor memberitahu bahawa, Afif telah dijangkiti kuman. Hari ini, doktor telah mengambil 4 tabung kecil darah Afif untuk diperiksa. Didapati, darah puti Afif lebih disebabkan oleh jangkitan kuman dan masalah hati yang dialaminya. Afif pula mengadu sakit perut. Ini juga merupakan kesan daripada hatinya yang bengkak. Keadaan ini sangat merungsingkan semua ahli keluarga terutama makcik dan pakcik saya. Tidak sanggup melihat keadaan Afif yang menanggung kesakitan ini. Tidak sanggup juga melihat keadaan makcik saya yang sentiasa digenangi air mata melihat keadaan anak yang sedang sakit. Saya memahami apa yang dirasai oleh makcik saya. Ibaratnya, mahu menolong mengurangkan kesakitan anak tersebut tapi tidak tahu bagaimana caranya.
Sudah lima hari makcik saya berada di hospital bagi menjaga dan menemani anaknya yang sedang sakit. Betapa besarnya kasih sayang ibu terhadap anak. Tidak ada tolok bandingnya kasih sayang seorang ibu dengan siapa-siapa di dunia ini. Melihat keadaan ini saya merasakan bahawa saya sanggup menggantikan tempat Afif supaya Afif sihat dan boleh bermain seperti biasa.
Saya mohon pertolongan kepada semua supaya mendoakan yang terbaik untuk sepupu saya Muhammad Afif Adli. Semoga Afif cepat sembuh, dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan dikurangkan segala kesakitan dan kesengsaraan yang dialami olehnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan